Sunday 22 February 2015


 

SAINS DI SEBALIK CINTA

 
Pernahkah anda mengalami cinta? Melihat orang yang dicintai, jantung akan berdebar, darah tersirap mengalir deras, mata jadi bundar tak berkerlip. Di dalam benak, ada cinta sedang berbunga, mengorak kelopak menyebukan hati. Hebat sungguh penangan cinta tetapi, tahukah anda sains disebalik cinta?

Dikatakan, cinta membuatkan kita bagaikan hilang kawalan diri. Lidah rasa seperti kelu apabila berdepan dengan orang yang dicintai (atau setidak-tidaknya, orang yang kita menaruh hati), kaki rasa seperti longgar bagaikan mahu ranap. Kadang-kadang semua perbuatan menjadi kekok, gerak-geri seolah-olah mabuk. Kerana itu orang yang sedang dalam percintaan diistilahkan dengan perkataan semacam ditimpa bencana pula, lihat sahaja istilah “mabuk asmara” atau “gila angau” atau “jatuh cinta”. Selalu pula, disebut-sebut, bahawa cinta itu buta. Kerana dikaburi cinta, deria pun hingga jadi tumpul, jalan pun seperti tidak betul.

Pada tahun 1990, satu kajian di Itali mendapati bahawa mereka yang sedang mabuk cinta (lebih-lebih lagi ketika di pangkal percintaan) akan menunjukkan gejala Obsessive Compulsive Disorder- satu penyakit mental yang membuatkan mereka mahu mengawal segala-gala yang berada di sekelilingnya. Kadang-kadang, mereka rasa seperti tidak lengkap, rasa mahu sentiasa lawa, rasa mahu membersihkan diri setiap beberapa minit, memeriksa cermin, membasuh tangan berkali-kali. Orang yang mula bercinta, jiwanya dikatakan sentiasa tidak tenteram, seperti tidak siuman.

Salah satu gejala Obsessive Compulsive Disorder ialah kekurangan hormon neurotransmitter dipanggil serotonin di dalam tubuh. Apabila diselidik, mereka yang sedang mula bercinta didapati mempunyai aras serotonin 40% kurang berbanding dengan rakan mereka yang tidak jatuh cinta.

SEROTONIN
 
Di dalam ilmu sains psikologi, kekurangan serotonin akan membuatkan manusia berada dalam kedukaan; selalu dikaitkan dengan tekanan perasaan dan kecelaruan fikiran. Kerana itulah, pada waktu ini, kebanyakan ubat yang dipreskripsi untuk mengawal tekanan perasaan mengeksploit kadar serotonin dalam tubuh.

Namun, aras serotonin tubuh akan kembali ke takah asal lebih kurang setahun selepas percintaan bermula. Mungkin waktu itu cinta sudah menjadi biasa- dan fikiran pun sudah lali dengan kehadiran orang yang dicintai. Mungkin juga asmara sudah menjadi tawar dan minda mula jadi tidak setia, mula mencari pasangan yang lain. Perasaan gila di awal asmara, makin lama makin surut pula dimakan masa.

Kerana itu ada yang tidak kekal lama bersama-sama pasangan yang kononnya dicintai, gejolak asmara dan kacuhan gelumang hormon yang bergaul di dalam tubuh terasa tidak sama seperti mula-mula. Sememangnya benar, apabila bercerita tentang cinta, kita selalu dibelenggu biokimia di dalam tubuh sendiri. Menurut Helen Fisher, dari Universiti Rutgers, New Jersey, Amerika, terdapat tiga tangga dalam percintaan, setiapnya bergantung pada kimia dan hormone yang merembes dalam badan.

Anak tangga pertama dalam percintaan, dipanggil Fasa Berahi. Inilah aras pertama dalam biologi percintaan manusia : inilah yang menerbitkan perasaan di dalam tubuh, lantas membuatkan kita mahu bercinta. Tanpa tangga pertama ini, kita langsung tidak terkenan mahu bercinta (contohnya kanak-kanak sebelum umur akil baligh atau orang dewasa yang sudah terbiasa tanpa cinta). Menurut Helen Fisher, Fasa Berahi diaktifkan oleh dua hormon penting tubuh, iaitu testosterondan estrogen. Testosteron, menurutnya, bukan terhad kepada jantina lelaki sahaja, ia juga terdapat di dalam tubuh wanita. Hormon-hormon inilah yang membuatkan kita mencari cinta.

Takah berikutnya, pada anak tangga kedua Fasa Tarikan. Waktu ini kita berjumpa dengan orang yang mahu dicintai, lantas anak mata terangsang dan membesar, bagaikan wujud satu tarikan antara kita dengannya. Di dalam fasa ini, satu kumpulan neurotransmitter di dalam otak dipanggil “monoamines” memainkan peranan paling penting. Apabila bercinta, norepinephrine (juga dikenali adrenalin) membuatkan kita berpeluh, dan mempercepatkan detak jantung; dopamine membuatkan kita bagaikan mabuk ketagihan asmara (dopamine juga terdapat di dalam nikotin rokok dan dadah kokain); dan serotonin, seperti yang disebut dalam kajian di Itali.

Fasa keseliratan hormone inilah yang dipanggil angau dan mabuk cinta, otak sampai buntu tidak memikirkan yang lain, mandi hingga tidak basah, tidur hingga tidak lena, bagaikan setiap nafas dan setiap detik nyawa hanya untuk cinta sahaja.

Sains juga dapat menerangkan tarikan cinta ini. Dilaporkan, pupil mata menjadi terangsang apabila kita tertarik pada sesuatu, atau menjadi berahi, sama ketika kita mula-mula jatuh cinta. Mata sebenarnya menyimpan banyak rahsia; pada zaman dahulu, wanita Eropah membundarkan mata dengan celak yang dipanggil bella donna supaya nampak “terangsang” dan cantik (kini diketahui bahawa bella donna sebenarnya beracun), kononnya, dengan mata yang bulat, orang akan lebih mudah jatu cinta kepadanya.

Juga didapati, hanya dengan merenung ke dalam mata boleh menguatkan perasaan kaish dan ikatan cinta. Professor Arthur Arun, ahli psikologi dari New York, telah membuat uji kaji kepada sekumpulan penuntut yang tidak saling mengenali, mendapati bahawa apabila dua manusia saling merenung, walaupun mereka adalah orang asing, setelah satu tempoh, perasaan cinta atau ketenangan akan terbit juga. Kini, dua pasangan dalam uji kaji Profesor Arun sudah melangsungkan perkahwinan mereka.

Walaupun rupa memainkan peranan penting untuk kita jatuh cinta kepada seseorang, banyak kebarangkalian lain yang menentukan, ada yang kita tidak sedar pun. Salah satunya ialah bau seseorang. Sehingga kini, bau tubuh badan atau feremon yang dikeluarkan oleh tubuh adalah topik yang menarik untuk dibincangkan oleh para saintis.

Bagi kebanyakan haiwan, terdapat satu organ di dalam hidung mereka, melengkapkan deria hidu mereka, yang dipanggil organ vomeronasal. Organ inilah yang membantu haiwan (seperti tikus dan kucing)menghidu kencing dan bahan buangan haiwan lain bagi menentukan kesesuaian untuk dijadikan pasangan. Feromon di dalam kencing itulah yang menentukan keserasian mereka, mewujudkan ikatan sosial dan perhubungan seksual sesama haiwan. Pada tahun 1995, Claus Wedeken, dari Universiti Bern, Switzerland, membuat kajian kepada sekumpulan wanita, mengarah mereka menghidu pakaian lelaki yang berbeza (setiap lelaki menanggalkan pakaian itu tanpa dibasuh) dan meminta mereka melabelkan lelaki yang paling diminati. Didapati, setiap perempuan dapat menghidu perbezaan feromon pada pakaian – dan mereka memilih lelaki yang mempunyai sistem imunisasi yang berbeza dengan tubuh mereka. Kajian seterusnya, dilakukan oleh Dr. Martha McClintock dar Universiti Chicago, mendapati wanita menggemari lelaki yang berbau seperti bapa mereka, lalu merumuskan bahawa imunisasi tubuh mirip ayahnya bakal melengkapkan sistem pertahanan anak yang bakal lahir.

Fasa terakhir yang disebut oleh Helen Fisher dalam tangga percintaan ialah Fasa Ikatan. Ini adalah fasa pelengkap cinta, ikatan yang bakal dibuktikan dengan melangsungkan perkahwinan. Dalam takah ini, dua insan yang sedang bercinta mahu menjadikan keintiman mereka menjadi kekal.

Hormon yang paling utama menimbulkan perasaan mahu terikat ialah oksitosin, yang dirembeskan di dalam otak melalui kelenjar hipotalamus. Bahan kimia ini merangsang keakraban dan perasaan kasih sayang antara manusia. Selain hubungan percintaan, oksitosin juga hadir setelah seorang ibu selesai melahirkan melahirkan anaknya – ia mengeratkan ikatan antara ibu dan anak., dan juga merangsang payu dara agar mengeluarkan susu untuk bayi tersebut.

Keeratan dan perasaan akrab dalam percintaan juga dimangkinkan oleh hormon vasopressin, yang juga mengawal tugas ginjal di dalam tubuh. Saintis membuat kajian tentang hormon ini pada tikus prairie beberapa tahun lepas, lalu mendapati bahawa sepasang tikus yang disuntik dengan dadah bagi menghalang penghasilan vasopressin didapati tidak mahu bersama. Tikus betina tanpa vasopressin didapati berkeliaran mencari pasangan lain.

Begitulah kompleksnya cinta di sudut sains. Rasa asmara yang kita sangka sekadar membelenggu di permukaan fikiran sebenarnya mempunyai susuk yang lebih rumit menyelinap di dalam urat tubuh, melibatkan kimiawi dan taakulan psikologi seta perjalanan biologi. Sesungguhnya, Maha Agung kekuasaan Tuhan, menganyam aturan sains pada segala di dalam semesta-Nya sengan begitu terperinci, termasuklah cinta – xi96

 

Tuesday 2 September 2014


BAHAYA SOYA







Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Saturday 8 June 2013


BENTUK  SEBENAR BUMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... baiklah topik kite pada hari ini ialah BENTUK SEBENAR BUMI...  Seperti yang diajar oleh oleh guru-guru kite semasa di sekolah, bumi berbentuk sfera...betulkan??? tapi itu semua SALAH.... KENAPA????? 

1. model bumi.

Baiklah...Prof akan menggunakan dalil AL-QURAN... 

"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya ( untuk kemudahan penduduknya )."
(Surah al-Nazi'at:30)

Dalam surah al-Nazi'at:30, al-Quran menggunakan perkataan DAHW yang bermakna menyerupai telur burung unta atau kudah rotunda .DAHW juga dengan merujuk kamus terkenak bahasa arab, Lisanul Arab bermaksud membesar ,sehingga membentuk bulatan. hal ini dapat kita andaikan dengan membesarkan atau melebarkan sebuah bola keranjang dengan cara menekan bola tersebut pada dua titik yang seolah-olah atas-bawah. saiz bola itu memang tidak bertambah , namun kerana ditekan dari atas dan bawah maka bahagian tengah bola terlihat seolah-olah MELEBAR.

2. bentuk rotunda.

Itulah analogi sesuai yang menggambarkan bentuk muka bumi. Bumi berbentuk sfera namun pepat seolah-olah mendapat tekanan pada kedua kutubnya.....
Perkataan DHAW atau menghamparkan masih diterima mentah-mentah oleh para ilmuwan Islam sebagai hamparan yang menunjukkan bahawa bumi itu mendatar. Sayangnya , mereka mengabaikan makna menyerupai 'rotunda' yang juga tersirat dari perkataan dahw.

Thursday 6 June 2013


organ


          assalamualaikum sume... hari ini Prof nak berkongsi sesuatu yang kebanyakan daripada kite terlepas pandang... pasal organ.. Tahukah anda?? kulit merupakan organ .... Haa!!!! betul ke??? ok mari kite lihat       definisi organ.. Organ ialah gabungan yang terdiri daripada bebrapa sel.. Jadi, kulit merupakan sebuah organ....Malah, kulit juga diiktiraf sebagai organ terbesar manusia... Ha!! macam ne... terkejut tak???


1.struktur kulit manusia.

Tuesday 4 June 2013


NYANYUK

           Assalamualaikum diucapkan kepada pembace2 tegar blog nie.... Ape khabar????  sihat???? 
      Nyanyuk tak??? . Nanyuk??? Haah... bercakap pasal nyanyuk hari ini Prof nak kongsi sikit informasi 
      pasal penyakit ini....
    
1. contoh orang yang nyanyuk.

       Tahukah anda asid asiatik yang terdapat dalam  pokok pegaga boleh menghalang pembentukan beta amiloid yang boleh menyebabkan nyanyuk


2. pokok pegaga

3. beta amiloid

Friday 24 May 2013




RAMA-RAMA

     Assalamualaikum buat pembaca budiman... setelah agak lame Prof sibuk menjelajah ke seluruh dunia , kini Prof kembali untuk meng'update' blog Prof nih. hehehe...
isu kite pada kali nie ialah RAMA-RAMA.. 

                                
        struktur rama-rama



 tahukah anda rama-rama tiada PERUT.......

Sunday 10 March 2013

SAKIT JANTUNG

Hari nie merupakan sesuai untuk Prof meng'update' blog Prof. Hari ini Prof nak cakap sikit pasal sakit jantung.
 1. jantung manusia

2. pesakit jantung



. Pembunuh No 1 di Malaysia. Merupakan salah satu daripada penyakit 'tiga serangkai'. Tahukah anda ? Jika anda kekurangan Vitamin D anda akan lebih berisiko untuk kena penyakit ini sebanyak 64%  .
3. struktur Vitamin D